September 9, 2011

Assalamualaikum dan Alhamdulillah lamanya tidak diupdate sudah beberapa bulan.
Syukur kepadaNya, kerana kita ada lagi disini untuk menjalani kehidupan.
Harini, ana wakil pelajar-2 2A6 ingin mengucapkan Selamat hari raya. walaupun sudah masuk seminggu tapi masih dalam bulan syawal kan. Pada minggu ke 4. Kelas 2a6 telah mengadakan satu iftar di dataran SHAMS.
sungguh meriah. terima kasih tidak terhingga kepada semua yg sudi hadir.



Hari raya pulak pada 8.9.2011
Ya Allah, susun meja/kerusi semua buat time pagi itu. 
Alhamdulillah, mujur semua ahli-2 2A6 bagi kerjasama. Semua berjalan spt biasa.

potong kek ni.

sesi menjamu selera #1

sesi menjamu selera #2


"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yg lebih lemah  dari itu 
ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" -Saidina Ali




Syukran kerana singgah sini:)

June 10, 2011

=)


 INGATLAH ALLAH LOVES YOU <3


Syukran kerana singgah sini:)

tazkirah lagi .

Sekarang ini ana nok kongsi satu lagi fakta di dunia ini.
Okay kita saksikan perbualan diantara perbualan pegawai jakim dan penanya.

Berikut adalah beberapa kemusykilan yang telah dijawab oleh panel penasihat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Soalan :
penggunaan minyak wangi beralkohol di dalam solat atau majlis majlis ilmu bagi lelaki. soalan nya adakah kita boleh menggunakannya atau tidak sebab banyak yang saya dengar mengatakan tidak boleh. tetapi saya ada membaca bahawa ianya tidak membtalkan solat, jadi apa hukum sebenar untuk kita memakai minyak wangi yang beralkohol. adakah boleh atau tidak langsung jika ingin dipakai ketika solat?
Jawapan :
Hukum memakai minyak wangi beralkohol ketika solat adalah harus. Kandungan alkohol yang terkandung di dalamnya adalah jenis alkohol industri dan bukannya alkohol yang terdapat dalam makanan.

Soalan :
salam ustaz..boleh ke pakai minyak wangi yang beralkohol dan kemudiannnya solat?sebab ada ustzh y ckp blh..
Jawapan :
Assalamualaikum..solat mereka yang memakai minyak wangi beralkohol adalah sah. Ini kerana alkohol yang terkandung di dalam perfume adalah berbeza dengan alkohol yang terdapat di dalam arak. Ringkasnya alkohol yang terkandung di dalam perfume tidak dihukumkan najis.

Soalan :
Salam, Apakah hukumnya minyak wangi beralkohol digunakan dalam solat(ibadat).Adakah ianya najis?
Jawapan :
Waalaikumussalam Wrt. Wbt
Minyak wangi beralkohol harus digunakan dalam solat. Hal ini kerana alkohol yang terkandung di dalam wangian bukan dari sumber yang najis.

Soalan :
1.apakah hukum jika memakai minyak wangi beralkohol ketika melakukan ibadat..
Jawapan :
Assalamualaikum wrt., Minyak wangi yang mengandungi alkohol boleh/harus dipakai dan boleh dibawa untuk melakukan ibadat.. Alkohol yang terkandung di dalam minyak wangi adalah berbeza dengan alkohol yang terdapat di dalam arak.

Soalan :
Assalamualaikum wbt. Saya ingin mendapatkan kepastian pengunaan minyak wangi beralkohol ketika menunaikan Solat. Terima Kasih.
Jawapan :
waalaikumussalam...hukum solat adalah sah. Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia telah memutuskan harus/boleh menggunakan minyak wangi beralkohol.

---------------------------------------------------------------------------
Sekarang ni ttg banat pulak.
juga sama ttg kepastian sah atau tidak pemakaian minyak wangi ketika mengejarkan solat.

Haram hukumnya bagi perempuan yang keluar rumah, baik keluar ke masjid apalagi ke tempat-tempat lain dengan memakai minyak wangi/harum-haruman/wangi-wangian.

Perempuan yang hendak keluar rumah, maka wajib hukumnya membersihkan dirinya dari wangi-wangian sebersih mungkin.

Perempuan dibolehkan bahkan sangat disukai memakai wangi-wangian di dalam rumahnya khususnya untuk suami (jika ada).

Syukran kerana singgah sini:)